Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Maret 2014

Fed Up Sikap Mak Bapak – Guru Pula Buat Parodi Sindir Mereka!


Pada Selasa lepas, seorang bapa telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusinya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah seperti diminta.
Bapa berkenaan Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian itu anaknya Nur Emilia, 12 tahun, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di Butterworth Pulau Pinang tidak lagi mahu ke sekolah.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi media berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya.
Pada hari yang sama, sebuah video oleh Hj Norizzat Mohd Johari mengikut nama akaun YouTubenya bertajuk “Cikgu Baik Punya!!” telah dimuatnaik.
Ia dipercayai menyindir kes melibatkan Nur Emilia itu.
Video selama 50 saat itu memaparkan dua babak yang sama namun dengan lakonan berbeza. Babak pertama seorang murid dikatakan tidak menyiapkan kerja sekolahnya dan guru dalam lakonan itu memarahi dan merotannya.
Babak kedua juga sama menunjukkan murid berkenaan tidak menyiapkan kerja sekolahnya tetapi dipuji oleh guru lelaki di dalam video seakan-akan ia bukan suatu kesalahan tetapi sepatutnya dipuji.
Malah pelajar itu diberikan duit lagi kerana tidka membuat kerja rumah.
Lelaki berkenaan yang dipercayai seorang guru turut meletakkan beberapa pesanan di dalam ruangan penerangan video berkenaan. Antaranya;
“Kepada seluruh cikgu di Malaysia, mulai hari ini, kita sepakat untuk jangan ambil peduli semua anak murid yang pemalas, Jangan ambil kisah semua anak murid yang pemalas, Jangan pening kepala untuk semua anak murid yang pemalas,”
“Jangan serabut kepala untuk semua anak murid yang pemalas dan Jangan ROTAN LANSUNG semua anak murid yang pemalas,”
Video berkenaan memperoleh beberapa reaksi yang mengatakan bahawa murid-murid pada zaman kemodenan seperti hari ini sudah semakin manja kerana dilindungi secara melampau oleh ibu bapa mereka.
“Budak-budak zaman sekarang ni manja sangat. Masa aku sekolah dulu kena rotan sebab hanya tidak mendapat keputusan A, bukan sebab tidak siap kerja sekolah pun.
Sekarang ni, aku dengan kawan-kawan aku semua berjaya,” kata Shah Rizal dalam komennya.
Video itu sudah pun ditonton sebanyak 3,801 kali dengan menerima 49 Likes manakala tujuh tidak menyukainya.
Jika dilihat dari 26 komen yang diterima berkenaan video itu, hampir kesemuanya tidak bersetuju dengan tindakan bapa pelajar itu sebaliknya menyifatkan si ayah sebagai terlalu memanjakan anaknya.
Sebenarnya apa yang cuba disampaikan pemuat naik klip berkenaan adalah mudah.
Beliau mahu ibu bapa faham bahawa jika guru bertindak ke atas murid, ia adalah untuk kebaikkan murid berkenaan sebenarnya dan bukan tujuan lain.
Jadi persoalan sekarang ialah jika anda ada anak yang bersekolah, setakat mana anda dapat menerima tindakan seorang guru jika anak anda mempunyai masalah disiplin atau tidak membuat kerja rumah?
Rasanya jika ada asas guru bertindak dan setakat rotan biasa, maka tidak perlu la untuk kita melonjak secara keterlaluan- Mynewshub.my
OLEH : IBNU K

Minggu, 23 Februari 2014

Masih Aku Cinta hadiah Shila buat Sharnaaz


KUALA LUMPUR -  lagu ciptaan pertamanya, Patah Seribu menjadi hit tahun lalu, penyanyi popular, Shila Amzah muncul dengan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta, di sebalik isu berkaitan cintanya yang masih hangat diperkatakan.

Menerusi laman mikro Twitternya hari ini, Shila memperkenalkan lagu tersebut kepada peminatnya.

Ekoran konflik yang melanda hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, lagu tersebut dikatakan dituju buat kekasihnya itu.

"My new sounds, Masih Aku Cinta... lagu baru saya... lagu yang saya tulis untuk dia)," tulisnya pada 5.30 petang tadi.

Dalam interaksinya dengan peminat di Twitter, Shila seakan mengesahkan lagu tersebut untuk seseorang lelaki yang diduga sebagai Sharnaaz.

Shila menjawab "ya" ketika @zeehedzline menulis, "adakah untuk dia?"

Lirik lagu yang antaranya menyebut tentang cinta yang tidak kesampaian itu seolah-olah menjelaskan kisah cintanya dengan Sharnaaz yang masih tidak diketahui penghujungnya.

Antara bait lirik lagu tersebut, "biarpun kau tak lagi ada denganku, takkan ku bisa melupakan mu, cara mu, memanggil nama ku, terasa seolah kau masih ada."

Sementara Shaznaaz berkata, "saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa hubungan saya dengan Shila Amzah berakhir."

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Media tolong jangan buat spekulasi," tegas Shaznaaz.

Sebelum ini, kemelut cinta Sharnaaz dan Shila memasuki episod baru apabila Sharnaaz dikatakan sudah berundur diri kerana hilang hormat terhadap ayah Shila, ND Lala.

Shila pula dihalang untuk ditemu bual walaupun pada mulanya bersetuju bertemu media sebaik dia selesai persembahan di Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional, baru-baru ini.

Malah, Shila turut dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan yang diarahkan supaya menghalang wartawan mendekati Shila Amzah oleh bapanya, ND Lala.

Berikutan kemelut hubungan cinta dan keluarga, Shila baru-baru telah bertindak menyisihkan diri dan bersendiri tanpa pengawasan keluarga sehingga ND Lala terpaksa membuat laporan polis setelah Shila tidak pulang ke rumah.

Shila juga telah bertindak memuat naik video Ombak Rindu dendangannya pada Jumaat minggu lalu, bagi menggambarkan perasaan dan kemelut yang dihadapinya kini.

Minggu, 16 Februari 2014

Hukumnya HARAM ! Jangan buat rambut Mohawk balong ayam dan rambut style hair tatto!!

Hukum rambut mohawk dan hair tatto HARAM
Pernah tak terfikir lelaki atau mungkin perempuan kat luar sana nak buat rambut macam ni ? Ala mesti punya kan korang-korang ada niat nak buat rambut gaya macam ni. Nasihat aku dekat korang tak payah gatai-gatai nak buat sebabnya Ustaz Azhar Idrus jelas mengatakan buat rambut Mohawk ( ala-ala balong ayam) dengan buat rambut style hair tatto ala-ala cukur tepi macam pemain bola sepak Malaysia  (Qaza) tu HARAM ! Rambut mohawk ini dosa kalau kita buat sebab mengikut ada kaum penyembah roh-roh orang yang telah mati. Kalau nak lebih penjelasan mengenai rambut ini boleh tengok kat bawah ni, siap dengan printscreen lagi soalan dari page Ustaz Azhar Idrus. Aku ni bukanlah pandai sangat bab hukum hakam tapi kalau dah jelas HARAM aku nak share la dekat korang supaya tak buat lagi lepas ni.


Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ra katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."
 

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ra yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Ente cukur (rambut itu) kesemuanya atau Ente tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Hukum rambut mohawk dan hair tatto HARAM


dah jelas kan sekarang ?