Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Polis Minta Bawahannya Telanjang di Sebuah Tempat Karaoke

 13 Feb 2013

Ini namanya pagar makan padi. Seorang polis  senior yang seharusnya menjaga, mengemong bawahannya, malah melakukan pelecehan seksual kepada bawahannya, polis  wanita yang masih 20 tahun. 
Kejadiannya sebenarnya sudah lama, Mac tahun lalu di Yamato, Kanagawa perfektur oleh polis  senior berpangkat Bucho (Ketua Division)Polis  Kanagawa.Yoshikazu Arakawa yang berada di bahagian anti kejahatan sindiket organisasi kejahatan (yakuza).

Minggu lalu, Arakawa setelah menjalani hukuman skorsing kerja dari kesatuannya, akhirnya pendakwa melakukan penangguhan tuntutannya, Jumaat (8/2/2013) lalu, kerana dianggap masih dalam pengusutan dipelajari lebih lanjut. Demikian dikutip Tribunnew.com dari media setempat, Isnin (11/2/2013).

Ketua Division tersebut bersama tiga rakannya memanggil seorang polis  wanita berusia 20 tahun tanggal 11 Mc tahun lalu ke sebuah karaoke di kota Yamato, Kanagawa. Lalu polwan itu diminta telanjang dan seorang polis  senior dari bahagian lalulintas, Yoshinobu Mori (35), bahkan menciuminya.

Polis  lain bernama Aso (34) juga di hukum dengan pemotongan gaji 10 persen. Polis  keempat, Miyamae (33) juga hadir di tempat kejadian di Karaoke tersebut.

Selain hukuman skorsing, pemotongan gaji, permintaan dan tekanan agar mengundurkan diri juga dilakukan banyak pihak, terutama masyarakat setempat kerana perbuatan yang sangat memalukan polis  senior tersebut. Demikian ungkap akhbar setempat seperti Mainichi dan Tokyo Shimbun.

Eiichi Kuga, ketua polis setempat merencanakan tahun 2023 melakukan peningkatan jumlah polis wanita 10 persen dibandingkan sekarang, "Kami berharap hal ini tidak terjadi lagi," paparnya.Tribunnews.com

Kamis, 19 Desember 2013

Amy Sedih Dengan Nabila Sebelum Kemalangan Minta Allah ‘Tunjuk Pengajaran’





Rupa-rupanya kenyataan rockers Amy Search yang mengatakan kemalangan melibatkan anaknya, Nabila Huda merupakan petanda kecil dari Tuhan, ada kisah di sebaliknya.
Ini kerana menurut isteri Amy yang juga ibu tiri Nabila, Nourish Hassan mendedahkan suaminya pernah meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas Nabila tidak pulang menjenguknya pada sambutan Aidilfitri lalu.
“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Nabila pada Aidilfitri lalu telah beraya di rumah kenalannya di Singapura melalui gambar yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya sehingga membuatkan Amy kecil hati dengan perbuatan anaknya itu.
“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit sebanyak akan berubah,” ujar Nourish lagi.
Insiden yang berlaku pada petang Ahad lalu telah mengakibatkan anak Nabila, Keisha Laila, 4, mengalami kecederaan di tangan kiri selain Nabila cedera di telepak kaki serta kecederaan tulang belakang.
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pelakon Syazwan Zulkifly dikatakan terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak selepas mereka terlibat dalam satu acara hiburan di Kuantan, minggu lalu. Mynewshub