Tampilkan postingan dengan label sebelum. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sebelum. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

Pandelela Seru Nama Bapa Sebelum Terjun


Pandelela Seru Nama Bapa Sebelum Terjun
SAMARAHAN : Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg memiliki rahsia tersendiri sebelum meraih pingat gangsa Olimpik pertama negara apabila menyeru nama bapanya sebanyak tiga kali sebelum memulakan aksi bertaraf dunia malam kelmarin.
Perkara itu didedahkan oleh bapa Pandelela, Pamg Joheng, 46, yang meminta anaknya itu berbuat demikian bagi menghilangkan perasaan gemuruh ketika melakukan acara tersebut malam kelmarin.
Buruh binaan itu berkata, beliau bukan sahaja meminta anaknya berbuat demikian semasa kejohanan Olimpik bahkan di kejohanan-kejohanan besar lain sebelum ini.
“Saya minta dia seru nama saya sebelum terjun untuk menghilangkan rasa gemuruh dan dia buat betul-betul.
“Sebaik sahaja tamat saingan itu, sayalah merupakan bapa yang paling gembira di dunia kerana tidak sangka doa saya setiap masa dimakbulkan,” kata Pamg Joheng kepada Kosmo! di kediamannya di Taman Samarex di sini semalam. – Kosmo

Kamis, 19 Desember 2013

Amy Sedih Dengan Nabila Sebelum Kemalangan Minta Allah ‘Tunjuk Pengajaran’





Rupa-rupanya kenyataan rockers Amy Search yang mengatakan kemalangan melibatkan anaknya, Nabila Huda merupakan petanda kecil dari Tuhan, ada kisah di sebaliknya.
Ini kerana menurut isteri Amy yang juga ibu tiri Nabila, Nourish Hassan mendedahkan suaminya pernah meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas Nabila tidak pulang menjenguknya pada sambutan Aidilfitri lalu.
“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Nabila pada Aidilfitri lalu telah beraya di rumah kenalannya di Singapura melalui gambar yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya sehingga membuatkan Amy kecil hati dengan perbuatan anaknya itu.
“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit sebanyak akan berubah,” ujar Nourish lagi.
Insiden yang berlaku pada petang Ahad lalu telah mengakibatkan anak Nabila, Keisha Laila, 4, mengalami kecederaan di tangan kiri selain Nabila cedera di telepak kaki serta kecederaan tulang belakang.
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pelakon Syazwan Zulkifly dikatakan terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak selepas mereka terlibat dalam satu acara hiburan di Kuantan, minggu lalu. Mynewshub